Permohonan Baru


Permintaan anda sedang diproses

Sedang diprosss....
Nota:

Bagi mengelakkan pembatalan tempahan, bayaran perlulah dijelaskan kepada BPH selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh tempahan diluluskan. Sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2010 – Peraturan bagi menggunakan Rumah Peranginan Persekutuan.

Tempahan secara online dibuka untuk penginapan sehingga 31 Mac 2015.
Tempahan untuk penginapan bagi April 2015 akan dibuka mulai 1 Mei 2014.
Tempahan untuk penginapan bagi Mei 2015 akan dibuka mulai 1 Jun 2014 .

Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh menginap.

Tempahan bagi Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Pulau Langkawi - Federal Villa boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak dilaman ini. Sila fakskan borang permohonan yang telah lengkap diisi ke talian 03-88883032.

Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson (Blok Baru) mula beroperasi pada 1 Disember 2009. Tempahan bagi Banglo dan Apartmen VIP boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak di laman ini. Sila fakskan borang permohonan yang telah lengkap diisi ke talian 03-88883032.

Pihak BPH juga mula menyediakan kemudahan senarai menunggu (waiting list) bagi pemohon yang gagal membuat tempahan kerana tarikh penginapan yang dipohon sudah penuh. Sekiranya terdapat sebarang pembatalan permohonan pada tarikh tersebut, pihak BPH akan menawarkan penginapan tersebut. Pemohon yang telah didaftarkan di dalam senarai menunggu akan dihubungi mengikut giliran. Sila hubungi kami di talian 03-88800155 untuk keterangan lanjut.



TERMA & SYARAT :
 
TEMPAHAN YANG TELAH DILULUSKAN AKAN TERBATAL SEKIRANYA BAYARAN KEPADA BPH TIDAK DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA 14 HARI DARI TARIKH TEMPAHAN DILULUSKAN.
BAGI TEMPAHAN YANG DIBUAT DALAM TEMPOH KURANG 14 HARI DARI TARIKH MENGINAP, BAYARAN PERLU DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA SEMASA MENDAFTAR MASUK. SEKIRANYA BAYARAN DIBUAT SECARA POS, BUKTI POS TIDAK BOLEH DIANGGAP SEBAGAI BUKTI BAYARAN.
PEMOHON HENDAKLAH MENGEMUKAKAN KAD PENGENALAN ATAU KAD PESARA SEMASA MENDAFTAR MASUK.
TETAMU YANG DIDAPATI MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN DAN MELANGGAR PERATURAN AKAN DISENARAIHITAMKAN DAN LAPORAN MENGENAINYA AKAN DIKEMUKAKAN KEPADA KETUA JABATAN MASING-MASING.